Siapa Kami

Yaz  Food Services/Kambing golek kambing bakar ditubuhkan untuk menyumbang kepada mutu dan kualiti makanan serta perkhidmatan hidangan yang memuaskan hati para pelanggan. Disamping itu juga pihak syarikat amat mementingkan mengenai halal dan kebersihan. Yaz Food Services Kambing golek kambing bakar  memastikan setiap usaha yang digembeling mencapai tahap kualiti dan produktiviti yang diinginkan oleh para pelanggan. Dengan moto kami ‘kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami’ pihak syarikat yakin dapat memberi kepuasan terhadap servis yang diberikan.

Warga Kerja Yaz Food Services Kambing golek kambing bakar  berikrar untuk memberikan sepenuh komitmen, tenaga, kepercayaan, dan semangat professionalisme dalam  memberikan perkhidmatan yang terbaik. Yaz Food Services Kambing golek kambing bakar  telah didaftarkan dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM) bernombor pendaftaran  SA0201783-V.

 Yaz Food Services Kambing golek kambing bakar  adalah sebuah syarikat bumiputra yang dipimpin oleh Hj Ibrahim Yazdi Bin Abdul Aziz iaitu pengurus yang mempunyai pengalaman dalam bidang ini melebihi 17 tahun. Beliau mempunyai banyak pengalaman dalam bidang makanan seperti pernah memasak untuk jemaah haji sebanyak tiga kali, memasak untuk Sultan Brunei atas jemputan, mengoperasi kantin yang jumlah pekerjanya melebihi 5000 orang, banyak memasak untuk catering VIP dan banyak lagi. 

Terwujudnya syarikat ini bertujuan untuk membekal makanan bermasak islam dan servis yang baik. Walaupun syarikat ini baru ditubuhkan tetapi para pekerja dalam syarikat ini mempunyai begitu banyak pengalaman dalam bidang makanan dibawah pimpinan Hj Ibrahim Yazdi.

No comments:

Post a Comment